sempoi-sempoi jerk
blog ini hanya rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. blog ini juga gunakan bahasa sempoi, brutal. suka hati aku la blog aku sekian~
Khamis, 14 Mei 2015
Kata-kata FB
Assalammualaikum W.B.T
Hai guys!!!! :D ari ni e-in rase nak menaip ckit. hee~
Semalam e-in dok buka fb, ade jumpe ayat ni taw, best giler r.. sebab tu e-in bagi tajuk "kata-kata FB".
ok, ayatnye berbunyi begini,,
Kalau suka seseorang, cuba jauhkan diri dari dia. Time tu baru awak boleh beza awak suka dia sebab nafsu, atau sebab Allah. Kalau suka ikot nafsu, awak tak boleh menjauh dari dia. Ada je rasa tak kena. Takut dia curang atau tinggalkan kita. Kalau awak suka sebab Allah awak akan cuba kawal perasaan. Tak contac, tak berjumpa tanpa sebab.
Lagi cuba nak jauhkan diri sebab takut Allah kurangkan rasa sayang satu sama lain, tapi mantion nama dia dalam doa tak pernah missed sebab awak tahu hati dia Allah pegang.
Awak percaya Allah maha pengatur segalanya? saya percaya. Siapa kita untuk nafikan perasaan yang hadir. Siapa kita untuk menolak fitrah yang datang? Rujuk pada dia. Dia pemilik hati manusia. Cinta manusia itu tidak salah, tapi kawal la dengan IMAN. Bukan NAFSU!.
Jika rindu, titipkan dalam DOA, inn shaa Allah dia turut merasainya.
Saat lelaki itu bekerja keras untuk menghalalkanmu, saat tu jugak ada wanita yang mendoakanmu agar di mudahkan urusanmu untuk menghalalkannya.
Mohon Allah jaga. Mohon Allah lindungi. Moga baik-baik dalam jagaanNya.
huhhhh~~~
amacam??? panjangkan? tapi ayat ini memang the best!! tibe-tiba e-in tersentap sendiri lepas baca ayat ni,, sebab ape? sbb e-in pon pernah bercouple gak.. zaman kecik-kecik dulu.. biase la kalau bercinta zaman sekolah tak akan lama, bak kata mak e-in, "CINTA BERUK !!" hahaha~~ teruk bebeno bunyinye.. heee~~ tapi itulah hakikatnya. kan? kan? kan?
Bila dah besar ni baru e-in tahu yang couple ni sangat!! sangat!! membazir!!
bazir masa duk kerja nak mesej call bagai sampai buat kerja pon nak pegang fon, bazir cinta untuk suami yang sah, bazir duit sebab dok topap je nak beli data walaupon whatsapp free tp data kene bayo gak, bazir air mata kalau gaduh nangis. huh!!
JAGA HATI, JAGA SOLAT DAN JAGA IMAN!
ok la, setakat ni je yang e-in ley taip, idea dah abis da.. hahaiii...
tatatatata.... wassalam~~ ;)
Ahad, 3 Mei 2015
Tentang Aku
Assalammualaikum~~~
Hai guys, ni first time aku create blog. Terus terang la kan, aku memang tak pandai nak karang-karang ni. Entah pape je aku taip.. hahahahaha... sempoi-sempoi je bro! acecece.. :P
ok ok, aku e-in. Orang johor, tapi aku suke merantau negeri orang. Sampai Kelantan aku gi.. hee~ best ape gi negeri orang. Dapat kenal budaya diorang, makanan, dan yang paling penting aku dapat ramai kawan.. kehkehkeh!!! >_< bak kate pepatah, berkawan biar beribu, bercinta jangan sesekali, nak bercinta, gi datang rumah jumpe parents, mintak izin dan restu, terus masuk minang. hahaiii... ni pepatah aku reka sendiri ye.. heee~~~
ok la, dah takde bende aku nak cerita ni...
sekian~~
wassalam~
<3 <3<3
Langgan:
Ulasan (Atom)